Penduduk yang mendiami kawasan tersebut mula gusar dan cemas kerana mendakwa kesihatan mereka semakin hari semakin terjejas disyaki berpunca daripada asap kilang kitar semula yang dibina tidak jauh dari kawasan penempatan mereka.

Seorang penduduk Taman Sentosa, Jenjarom, Ngoo Kwi Hong, 46, berkata, sebelum pembinaan kilang yang terletak kira-kira 200 meter dari rumahnya, dia dan anak-anaknya tidak pernah mendapat rawatan doktor kerana masalah batuk, selesema, sakit tekak atau sakit mata.

Namun begitu, sejak adanya kilang kitar semula kira-kira dua tahun lalu, dia dan anak-anak semakin kerap berjumpa doktor kerana berdepan masalah kesihatan.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.