Presiden Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (Angkasa), Datuk Abdul Fattah Abdullah berkata, sistem yang dibangunkan pihaknya bersama sebuah syarikat bumiputera akan diaplikasikan mulai Mei ini. 

Beliau berkata, pengaplikasian sistem dibawah program Barang Asas 100 (BA100) fasa pertama itu menawarkan produk barangan asas seperti minyak masak dan gula pada harga antara 10 hingga 20 peratus lebih rendah daripada harga pasaran bantu meringankan beban pengguna. 

"BARP akan bertindak sebagai jalan pintas kerana kita membeli secara pukal daripada pengilang atau pembekal tanpa melalui orang tengah. 

"Melalui BARP ini, koperasi peruncitan dapat menjimatkan antara 10 hingga 20 peratus kos pembelian barangan asas,"katanya. 

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas merasmikan Seminar Kepimpinan dan Perniagaan Anggota Lembaga Koperasi Selangor di sini hari ini. 

Turut hadir, Timbalan Pengerusi Perhubungan Angkasa Selangor, Prof. Dr. Wan Mokhtar Wan Yusoff.

Mengulas lanjut, Abdul Fattah berkata, sehingga kini terdapat kira-kira 3,500 koperasi peruncitan dibawah Angkasa dan sistem ini akan diteruskan mengikut fasa-fasa seperti yang telah dirancangakan sebelum ini.

"Selepas fasa pertama yang akan dilancarkan pada Mei ini, kita jangkakan dalam bulan September ini sebanyak 300 lagi koperasi peruncitan boleh menggunakan sistem ini.

"Sasaran kita adalah supaya semua koperasi peruncitan menggunakan sistem ini bagi menjana pulangan yang lebih tinggi berbanding sistem konvensional sebelum ini,"katanya.- K! ONLINE