Dalam kejadian pukul 11.47 pagi itu, tiga suspek yang memakai topeng muka berjaya melarikan lapan dulang barang kemas dianggarkan bernilai RM750,000.

Ketua Polis Daerah Peta­ling Jaya, Asisten Komisioner Mohd. Zani Che Din berkata, tiga suspek berkenaan memasuki kawasan premis yang berada di tingkat bawah pasar raya tersebut sebelum salah seorang daripada mereka mengacukan pistol ke arah pengawal keselamatan kedai terbabit.

Katanya, suspek juga bertindak me­rampas pistol angin milik pengawal keselamatan itu sebelum dua lagi suspek melarikan lapan dulang barang kemas yang diletakkan di ruang pa­meran di premis berkenaan.

Difahamkan, kesemua barang kemas bernilai RM750,000 itu dilarikan suspek dalam tempoh kurang 10 minit dan ketika kejadian, enam pekerja kedai emas berada di lokasi.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.