Selain bapa Yuna, penyanyi terkenal Indonesia, Bunga Citra Lestari juga membuat kemunculan bersama Aizat dengan mendendangkan lagu Aku Dan Dirimu yang merupakan lagu duet Bunga bersama Ari Lasso.

Rakan penyanyi bertaraf antarabangsa itu, Dez Duron dari Amerika Syarikat turut mempersembahkan sebuah lagu buat mempelai.

Pengantin baru itu memilih tema tradisional sentuhan Reka Teemor kelihatan mempersona dalam persalinan busana pengantin tradisional Perak berona putih rekaan Hatta Dolmat.

Kelmarin, penyanyi yang berpangkalan di Amerika Syarikat itu sah menjadi isteri kepada Adam Yousof Mohamed Sinclair sekitar pukul 7 petang di Puncak Rimba, Bentong, Pahang.

Yuna yang berwalikan bapanya, Datuk Mat Zara'ai  selamat bernikah dengan sekali lafaz.

Dalam majlis pernikahan berkonsep dalam taman itu, pihak lelaki menghantar tujuh dulang hantaran berbalas sembilan dulang hantaran daripada pihak perempuan.

Pasangan tersebut mengadakan majlis resepsi di Dewan Perdana Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) malam ini dengan dihadiri 1,500 tetamu diketuai tetamu diraja, rakan selebriti, sanak-saudara dan sahabat handai. - K! ONLINE