Perkara itu terbongkar hasil serbuan sepasukan polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik (BSJN) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Klang Selatan pukul 8.30 pagi. 

Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Shamsul Amar Ramli berkata, siasatan awal mendapati lelaki yang merupakan penganggur berusia 30an itu menggunakan anaknya sebagai helah bagi mengaburi pihak berkuasa. 

Katanya, semak itu telah dijadikan sarang penjualan dadah sejak tiga bulan lalu. 

"Hasil serbuan itu, kita berjaya menahan 11 lelaki termasuk seorang warga Myanmar berusia 25 hingga 50 tahun kerana disyaki terlibat dengan aktiviti pengedaran dan penagihan dadah. 

"Turut dirampas adalah 127 gram syabu serta 6.08 gram heroin dengan nilai keseluruhan dadah RM10,500," katanya ketika dihubungi di sini hari ini. 

Jelas beliau, kanak-kanak lelaki itu bagaimanapun diserahkan kepada keluarganya. 

Kes disiasat mengikut Seksyen 39B, Seksyen 12(2), Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952. - K! ONLINE