Tertuduh, Malik Redzuan Mohamed, 32,  mengaku tidak bersalah atas pertuduhan tersebut di hadapan Hakim Meor Sulaiman Ahmad Tarmizi. 

Bapa enam anak itu didakwa merogol mangsa yang berusia 12 tahun 8 bulan di dalam sebuah rumah di Jasin antara pukul 1 petang dan 4 petang pada Februari 2014. 

Sabit kesalahan, tertuduh boleh dihukum penjara minimum 10 tahun dan maksimum 30 tahun serta sebatan di bawah Seksyen 376(2) Kanun Keseksaan. 

Mahkamah membenarkan tertuduh yang tidak diwakili peguam diikat jamin sebanyak RM15,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 13 Disember ini untuk sebutan semula kes. - K! ONLINE