Majistret Teoh shu Yee, menjatuhkan hukuman itu terhadap tertuduh, Mohd. Firdaus Mohd. Sharif, 33, yang mengaku bersalah sebaik sahaja pertuduhan dibacakan oleh jurubahasa mahkamah.

Mengikut pertuduhan, tertuduh didapati telah mencuri lima pasang kasut berjenama milik seorang lelaki yang bernilai keseluruhan RM500.00.

Perbuatan itu dilakukannya pada pukul 2.08 pagi di sebuah rumah pangsa di Taman Merdeka, Batu Berendam, 12 Oktober 2017.

Bagi kesalahan itu tertuduh didakwa mengikut Seksyen 379 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum tujuh tahun atau dengan denda atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

Terdahulu, pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Puteri Nor Nadia Mohamed Iqbal memohon hukuman setimpal dikenakan sebagai pengajaran kepada tertuduh dan masyarakat.

Tertuduh yang tidak diwakili peguam bagaimanapun merayu hukumannya diringankan  dengan alasan perlu dia hanya berniaga secara kecil-kecilan dan perlu menyara dua orang anak, selain ibu bapanya yang uzur.

Shu Yee kemudian menjatuhkan hukuman denda sebanyak RM2,000 atau empat bulan penjara jika gagal bayar. - K! ONLINE