Dalam kejadian pukul 10.10 pagi itu, Roslan Ismail, 49, dan anaknya, Ahmad Azrifaiz, 18, dikatakan datang ke lokasi berkenaan untuk memancing sebelum dipercayai tergelincir ke sungai.

Kejadian yang menimpa dua beranak itu disedari beberapa pemancing lain yang melihat kedua-dua mangsa terkapai-kapai sebelum tenggelam di dalam sungai sedalam kira-kira tiga meter itu.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Bandar Baru Bangi, Rosman Majid berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan sekitar pukul 10.15 pagi sebelum bergegas ke lokasi kejadian.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.