Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Pahang, Zulkhari Zainol Abidin berkata, perkara tersebut didedahkan dalam temu bual di antara Pegawai Pelindung JKM dan bapa kandung serta kanak-kanak lelaki berusia lapan tahun terbabit.

"Dalam pertemuan itu, bapa kepada kanak-kanak terbabit memaklumkan telah menghantar anaknya ke pusat tahfiz berkenaan bermula Julai lalu.

"Beliau juga ada dimaklumkan oleh pengusaha tahfiz yang mesra dengan panggilan ummi dan walid berkaitan cubaan untuk menggunting kemaluan, menyalakan api serta merotan kanak-kanak di tapak tangan dan kaki," katanya dalam satu kenyataan hari ini.   

Zulkhairi berkata, bapa kanak-kanak itu bagaimanapun tidak marah dengan tindakan pengusaha terbabit sekiranya niat hanya untuk mendidik selagi tidak mencederakan atau  memudaratkan kanak-kanak tersebut. - Bernama