Nga yang juga Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat berkata, beliau mengucapkan terima kasih kepada Menteri Kewangan Lim Guan Eng yang meluluskan peruntukan khas tersebut dengan serta-merta.

"Hal ini membuktikan bahawa kerajaan Pakatan Harapan (PH) cukup prihatin tentang kebajikan rakyat dan komited untuk menjaga kebajikan serta membela nasib semua kaum," katanya dalam satu kenyataan media di sini hari ini.

Sebelum ini, kerajaan memperuntukkan RM1.6 juta bagi projek Masjid Al-Taqwa di Kampung Padang Tembak dekat Teluk Intan dan kini untuk Masjid An-Naim yang sering dikunjungi pesara kakitangan kerajaan. 

Beliau yang juga Timbalan Setiausaha Agung DAP berkata, walaupun DAP sentiasa menghadapi fitnah oleh pihak yang tidak bertanggungjawab sebagai 'anti-Islam' mahupun 'anti-Melayu', tetapi kini terbukti segalanya itu adalah fitnah yang wajib ditolak oleh seluruh umat Islam. - Bernama