Hakim Datuk Azimah Omar membuat keputusan itu semalam selepas menolak lapan isu yang dibangkitkan oleh peguam Mohamad atau lebih dikenali Tok Mat selaku responden pertama dalam bantahan mereka.

“Setelah meneliti dan menimbang segala afidavit dan hujahan bertulis responden pertama (Mohamad), mahkamah mendapati ketidakpatuhan yang ditimbulkan oleh responden tidak mempunyai merit dan alasan tersebut tidak mewajarkan responden memba­talkan petisyen ini,” kata Azimah dalam penghakimannya.

Turut berada di mahkamah untuk mendengar keputusan itu ialah Mohamad dan Streram serta penyokong masing-masing.

Bekas Menteri Besar Negeri Sembilan itu diwakili peguam Datuk Hafarizam Harun, Syed Faizal Syed Abdullah, Abu Bakar Isa Rahmat, Yazid Mustaqim dan Iqhmal Syafiq Azim.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.