Ketua Kampung Bukit A. Ismail Abu Bakar, 64, mendakwa, daripada jumlah itu, 200 penduduk telah menandatangani memorandum bantahan yang telah dihantar kepada Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) pada 30 Januari lalu.

“Kita bantah kerana di sini sudah ada sebuah tapak pengurusan mayat yang mempunyai fungsi dan perniagaan yang sama. Sekiranya ia diluluskan, ia bakal mengakibatkan kesesakan lalu lintas setiap kali berlaku kematian dan orang akan meletakkan kenderaan di bahu jalan.

“Lokasi projek tersebut terletak di tepi sudut penjuru lencongan Jalan Kuari yang sempit juga sudah pasti akan berlaku kesesakan lalu lintas,” dakwanya ketika ditemui di sini semalam.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.