Penduduk dari tujuh buah kampung itu menggesa kerajaan negeri membinanya di kawasan lain yang lebih sesuai kerana 95 peratus penduduk di situ beragama Islam.

Tujuh buah kampung itu termasuk Kampung Felda Bukit Cherakah, Kampung Bukit Kapar, Kampung Bukit Kapar Tambahan, Kampung Bukit Kerayong, Kampung Bukit Hijau, Kampung Bukit Cerakah Jaya serta Bandar Baru Puncak Alam.

Wakil penduduk, Mekhlas Ahmad Suparno, 59, berkata, mereka sangat kecewa apabila dimaklumkan kerajaan negeri tetap meluluskan pembinaan tanah perkuburan tersebut walaupun mereka telah menghantar bantahan pada Januari 2017.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.