Ketua Kampung Sahom, Mohd. Lot Abdul Hamid berkata, penduduk bimbang sekiranya aktiviti perlombongan haram sejak awal tahun lalu itu tidak dihentikan, ia dibimbangi boleh mengganggu ekosistem sungai tersebut sekali gus menjejaskan kesihatan mereka.

“Kebelakangan ini, penduduk kampung sering melihat air Sungai Kepar yang mengalir ke Sungai Dipang tercemar dan kami bersepakat untuk mencari punca pencemaran tersebut.

“Pada awalnya kami hanya menyangka air yang keruh di sungai tersebut merupakan perkara biasa selepas hujan. Namun, apa yang berlaku, air su­ngai tetap keruh pada musim panas dipercayai akibat dari­pada pelepasan air dan sisa galian daripada aktiviti pelombongan dipercayai emas itu,” katanya kepada pemberita di tapak lokasi perlombongan itu di sini semalam.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.