Ketua Pembiayaan Runcit Bank Rakyat, Fatayal Anshori Abdussyukur berkata, kempen yang diadakan selama empat bulan bermula hari ini bertujuan untuk mengalakkan lebih ramai pelanggan menggunakan khidmat Pajak Gadai-i AR-Rahnu dan Ar-Rahnu X’Change.

“Sehingga kini, kami mempunyai 710,000 pelanggan yang mana 70 peratus terdiri kaum Melayu manakala selebihnya daripada kaum India dan Cina.

“Menerusi kempen tersebut, kami mengharapkan pertambahan pelanggan sebanyak dua hingga lima peratus pada akhir kempen iaitu pada bulan Oktober ini,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar di The Lobby Lounge, Hilton Kuala Lumpur di sini hari ini. 

Turut hadir, Naib Presiden Perniagaan Ar-Rahnu, Dr. Mokhrazinim Mokhtar; Ketua Pegawai Eksekutif Rakyat Management Services Sdn. Bhd., Mohd. Shaifuddin Abdullah dan Ahli Lembaga Pengarah Bank Rakyat, Edham Reza Shah Abdul Rahman. - K! ONLINE