Khabar angin berhubung peletakan jawatannya telah tersebar di media sosial susulan berita yang memetik sumber yang mengetahui perkara tersebut.

Muhammad dilantik sebagai Gabenor pada 1 Mei, 2016, menggantikan Tan Sri Dr Zeti AKhtar Aziz. Beliau merupakan Gabenor yang kelapan.

BNM sebelum ini terlibat dalam kontroversi berhubung pembelian tanah bernilai RM2 bilion yang dikatakan mempunyai kaitan dengan kemelut 1Malaysia Development Bhd (1MDB).

Kementerian Kewangan mengesahkan laporan yang disiarkan di Wall Street Journal dan Reuters yang mendakwa kementerian telah membuat pembayaran bagi pihak 1MDB untuk menunaikan obligasi membayar hutang tersebut.

Sumber bagi pembayaran tersebut termasuk penebusan Saham Keutamaan Boleh Tukar Kumulatif Boleh Tebus (RCCPS) oleh Khazanah Nasional Bhd berjumlah RM1.199 bilion dan penjualan sebidang tanah kepada BNM berjumlah RM2.066 bilion. - Bernama