ABM berkata, ahli bank telah menukar wang kertas baharu dan baik untuk pelanggan.

"Bank-bank ahli kami telah menggalakkan dan akan terus mempromosikan penggunaan wang kertas yang berkualiti dan seperti baharu apabila pelanggan menukar wang mereka di cawangan masing-masing," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

ABM berkata, usaha itu bertujuan menyokong inisiatif 'Go Green' yang dilancarkan oleh Bank Negara Malaysia pada tahun 2013 bagi memulihara sumber dan melindungi alam sekitar.

Persatuan itu juga berterima kasih kepada orang ramai yang terus menyokong inisiatif 'Go Green'. - Bernama