CHEE LEONG
CHEE LEONG

Timbalan Menteri Kewangan, Se­nator Datuk Lee Chee Leong berkata, jumlah pembiayaan berkenaan diberikan kepada 142,558 orang pe­minjam.

Menurutnya, kadar kelulusan pembiayaan bagi pembelian rumah oleh bank komersial masih tinggi iaitu pada kadar 78.3 peratus untuk tahun 2015 dan 75.7 peratus tahun lalu.

“Sejak tahun 2010, Bank Negara Malaysia (BNM) telah memperkenalkan pelbagai skim dan langkah untuk memudahkan pemilikan rumah terutamanya bagi pembe­lian rumah pertama.

“Antaranya ialah skim pinjaman perumahan seperti Skim Rumah Pertamaku, mening­katkan bekalan rumah mampu milik melalui Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA), Skim MyHome, Rumah Selangorku dan Rumah Mampu Milik Wilayah Persekutuan serta membendung aktiviti spekulatif dalam pasaran harta­nah,” katanya pada sidang Dewan Negara di sini semalam.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.