Ketua Pegawai Eksekutif Bank Islam, Mohd. Muazzam Mohamed berkata, konsep syariah iaitu kontrak ‘Wakalah’ diguna pakai iaitu pelanggan sebagai muwakkil atau prinsipal memberi kuasa kepada Bank Islam sebagai wakil atau ejen untuk melakukan pembayaran kepada AMZ berkenaan.

“Antara akaun Bank Islam yang diambil kira bagi kemudahan baharu ini ialah Akaun Simpanan dan Semasa (Qard dan Asas Qard), Akaun Pelaburan (Al-Awfar, Wafiyah dan iGain) dan Akaun Deposit Bertempoh-i (Tawarruq),” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis pelancaran kemudahan pembayaran zakat di Dewan Utama Menara Bank Islam di sini hari ini. 

Antara AMZ yang menyertai kemudahan ini adalah Pusat Pungutan Zakat - Majis Agama Islam Wilayah Persekutuan (PPZ-MAIWP), Lembaga Zakat Selangor (LZS) dan Lembaga Zakat Negeri Kedah (LZNK). - K! ONLINE