Banjir kilat tersebut berlaku disebabkan hujan lebat yang berterusan di sekitar ibu negara sejak pukul 2 petang tadi.

Menurut Jurucakap Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Kuala Lumpur, pihaknya menerima panggilan kecemasan daripada anggota yang membuat pemantauan di sekitar kawasan tersebut pada pukul 4.48 petang.

“Sebaik tiba di lokasi, didapati air berada pada paras 0.75 meter.

“Kesemua mangsa telah dipindahkan ke Dewan Sultan Sulaiman untuk penempatan sementara sehingga air surut di rumah mereka,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Manakala di Sungai Buloh, Selangor pula, seramai 22 penduduk daripada enam keluarga telah dipindahkan ke dewan Majlis Daerah Kuala Selangor di Desa Coalfield, Sungai Buloh kerana banjir kilat yang melanda kawasan sekitarnya,

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor, Norazam Khamis berkata, kesemua penduduk yang menetap di kawasan Tanah Merah Batu 20, Kampung Merbau Indah itu dipindahkan dengan bantuan 17 anggota bomba dan dua jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Sungai Buloh dan Batu Arang.

“Daripada jumlah kesemua mangsa, 11 daripadanya adalah kanak-kanak manakala selebihnya adalah orang dewasa.

“Sehingga masa kini, paras air akibat banjir kilat itu dilaporkan semakin surut,” ujarnya. - K! ONLINE