Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Pahang, Kol (PA) Zainal Yusof berkata, mangsa paling ramai dipindahkan di Kampung Baru Sungai Chedung iaitu seramai 219 orang, Surau Taman Sri Chedung (40) dan Balai Raya Kampung Berkat (23).

"Selain itu seramai tujuh mangsa turut ditempatkan di Surau Kampung Bintang, Surau Taman Maran Jaya (27) dan Masjid As Syakirin (86)," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Menurutnya, banjir kilat itu dipercayai akibat hujan lebat selama beberapa jam pada malam tadi, bagaimanapun keadaan cuaca hari ini semakin baik dengan hanya mendung di satu, dua kawasan. - Bernama