Menurut Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Perlis, pusat pemindahan banjir MRSM Beseri menempatkan lapan keluarga merangkumi 20 mangsa.

"Paras air sungai di Padang Besar dalam keadaan stabil hasil tinjauan semasa," kata APM Perlis dalam satu kenyataan hari ini.

Tinjauan Kosmo! hari ini turut mendapati, walaupun hujan di seluruh Perlis pada waktu petang, namun paras air sungai dan Empangan Timah Tasoh, Padang Besar masih terkawal. - K! ONLINE