Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Perlis memaklumkan dalam satu kenyataan berkata, semua lapan keluarga merangkumi 20 mangsa telah pulang ke kediaman masing-masing.

Sepanjang bencana banjir di Perlis, tiga pusat pemindahan telah diaktifkan sebelum ini iaitu di MRSM Beseri dan Dewan Orang Ramai Titi Tinggi, kedua-duanya di Padang Besar.

Sementara itu, pusat pemindahan di sini ialah Sekolah Kebangsaan Sena.

Dalam perkembangan berkaitan, setakat pukul 6 petang hari ini, cuaca mendung di seluruh Perlis. - K! ONLINE