Menurut Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Perak, ia berikutan empat pusat pemindahan sementara (PPS) di daerah Manjung ditutup pada 1 tengah hari tadi.

PPS yang ditutup adalah Sekolah Kebangsaan (SK) Nakhoda Taib Segari, Dewan Orang Ramai Batu 8 Segari, SK Dato Ishak serta SK Muhammad Saman.

Ini menjadikan dua lagi PPS masih dibuka di daerah Manjung, di SK Sungai Batu, Pantai Remis yang menempatkan 82 mangsa manakala 48 orang di Sekolah Agama Tebuk Yan.

Sementara itu, PPS Dewan Orang Ramai Kampung Sungai Muda di daerah Muallim ditutup pada 7.20 malam tadi. - Bernama