Menurut portal Infobanjir Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), banjir di Kuantan kembali pulih dan kesemua 56 mangsa yang dipindahkan di Dewan Orang Ramai Seri Damai (29 orang) serta Dewan Orang Ramai Kampung Pahang (27 orang), telah dibenarkan pulang ke kediaman masing-masing.

"Jumlah mangsa yang dipindahkan di Pekan juga telah berkurangan daripada 1,299 orang tengah hari tadi kepada 1,238 orang petang ini dan mereka ditempatkan di 10 PPS," menurut portal itu.

Di Rompin pula, jumlah mangsa masih kekal 294 orang ditempatkan di empat PPS iaitu Dewan Serbaguna Kampung Pianggu seramai 37 mangsa, SK Tekek, Tioman (63), Dewan Orang Ramai Leban Chondong (67) dan Balai Raya Setajam (127). - Bernama