Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Alam Sekitar, Pendidikan dan Penerangan negeri Datuk Ayub Rahmat berkata PPS Sekolah Kebangsaan Balai Badang yang menempatkan seramai 10 orang daripada empat keluarga, ditutup pada pukul 5 petang.

Satu lagi PPS iaitu Sekolah Agama Kuala Paya pula ditutup pada pukul 6 petang. Ia sebelum ini menempatkan seramai tujuh mangsa daripada dua keluarga.

Kesemua mangsa yang dipindahkan ke PPS berkenaan adalah masing-masing penduduk Kampung Balai Badang dan Kampung Kuala Paya dalam Mukim Buloh Kasap, Segamat yang terjejas kediaman akibat dimasuki air dari Sungai Buloh Kasap. - Bernama