Bangunan yang dibina pada tahun 1918 tersebut merupakan satu-satunya monumen tunggal yang kekal bertahan sejak era perang dunia kedua pada tahun 1945.

Pada masa sama telah diwartakan sebagai monumen sejarah kerajaan negeri sejak tahun 1988.

Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Datuk Seri Masidi Manjun berkata, pihaknya menghargai kepercayaan kerajaan negeri menempatkan pejabat LPS di dalam bangunan warisan tersebut.

"Monumen ini akan terus dipelihara sebagai mercu tanda dan tarikan utama pelancongan negeri Sabah selari dengan peredaran zaman.

"Lagipun, selain keindahan pantai, flora dan fauna serta keramahan rakyat, bangunan warisan di negeri ini turut menjadi nilai tambah kepada sektor pelancongan negeri," katanya hari ini.

Beliau berkata demikian dalam ucapannya pada Majlis Sambutan Ulang Tahun Bangunan LPS ke-100 di bandar raya ini.

Terdahulu, bangunan yang kini digunakan LPS sejak tahun 1991 itu sebelum ini merupakan sebuah pejabat pos yang dibina oleh jutera kelahiran British, JW Norman.

Norman semasa membina bangunan berkenaan menyifatkan monumen itu sebagai yang terbaik di Borneo. - K! ONLINE