Beliau berkata, bangunan yang dibina dengan kos sebanyak RM150 juta itu mampu menempatkan 124 katil selain turut dilengkapi  klinik pakar serta 300 petak ruang meletak kenderaan.

"Pertambahan  bangunan baharu ini juga akan  memberi manfaat kepada kira-kira 400,000 penduduk di Tanah Merah, Machang, Pasir Mas dan Jeli," katanya kepada pemberita selepas menyempurnakan majlis permulaan kerja projek bangunan baharu hospital tersebut di sini hari ini. 

Hadir sama penyandang kerusi Parlimen Tanah Merah, Datuk Seri Ikmal Hisham Abdul Aziz dan Pengarah Jabatan Kesihatan Kelantan, Datuk Dr. Ahmad Razin Ahmad Mahir.

Dalam pada itu, Fadillah berkata kementeriannya memperuntukkan sebanyak RM1.66 bilion bagi melaksanakan pelbagai projek infrastruktur seperti pembinaan jalan raya dan hospital di Kelantan di bawah Rancangan Malaysia ke-11. - Bernama