Amaran mengenainya dinyatakan oleh Bank Dunia ketika Bangkok melakukan persiapan selaku tuan rumah rundingan perubahan iklim dunia yang akan berlangsung esok.

Rundingan itu sebagai persiapan kepada sidang kemuncak iklim Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu di Poland akhir tahun ini bagi menetapkan undang-undang untuk mengurangkan gas rumah hijau dan menyalurkan bantuan kepada negara-negara terancam.

Suhu dunia dijangka terus meningkat, manakala corak cuaca luar biasa seperti siklon, hujan tidak menentu, banjir besar dan kemarau diramal menjadi lebih buruk pada masa hadapan.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.