Ketua Cawangan Mamalia Marin, Institut Penyelidikan Perikanan (FRI) Rantau Abang, Mohd. Tamimi Ali Ahmad berkata, seorang penduduk kampung menemui bangkai hidupan laut tersebut yang dipercayai terdampar selepas dihanyutkan ombak kira-kira pukul 10 malam. 

“Seorang penduduk kampung menyangka penyu betina seberat 80 kilogram itu mendarat untuk bertelur namun jangkaannya meleset apabila mendapati haiwan itu sudah tidak bernyawa sebelum melaporkan kejadian itu kepada pihak jabatan. 

“Berdasarkan pemeriksaan awal, kita percaya ada individu yang tidak bertanggungjawab mengikat kedua-dua belah kaki renang penyu betina yang dianggarkan berusia 20 tahun itu sehingga menyebabkan ia mati akibat lemas,” katanya ketika dihubungi Kosmo! di sini hari ini. - K! ONLINE