Trend menyewa kereta menjelang musim raya semakin mendapat sambutan sehingga ba­nyak syarikat menyewa kereta wujud bagi memenuhi permintaan pelanggan.

Sewa kenderaan mewah bukan sahaja pada musim raya malah trend tersebut sudah merebak untuk dibawa ke majlis kahwin, percutian malah untuk ke rumah terbuka.

Presiden Koperasi Pengusaha Kereta Sewa Malaysia Bhd. (Kopkes), Mohd. Afendi Aman berkata, pada musim Hari Raya Aidilfitri pada tahun ini, pihaknya menganggarkan sebanyak 137 syarikat sewa kereta yang menjadi ahli Kopkes bakal mengaut perolehan RM5 juta bagi aktiviti perniagaan sewa ken­deraan.

Menurut beliau, jumlah tersebut berdasarkan kepada perkiraan 3,200 unit kenderaan daripada keseluruhan 4,000 unit dimiliki ahli Kopkes di seluruh negara telah habis ditempah selama seminggu sempena sam­butan Hari Raya Aidilfitri yang dijangka disambut pada Jumaat ini.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.