Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Bekalan Air, Sumber Air dan Tenaga negeri, Datuk Badrol Hisham Hashim berkata, tindakan tersebut diambil selepas syarikat konsesi balak di HSUM dipercayai melanggar syarat lesen pembalakan yang dikeluarkan Jabatan Perhutanan.

Bagaimanapun menurutnya, beliau masih belum menerima maklumat lengkap mengenai jumlah balak yang disita dan kesalahan yang dilakukan syarikat konsesi balak terbabit.

Katanya, pihaknya akan meminta Jabatan Perhutanan Negeri Kedah supaya memberi laporan mengenai tindakan terbaharu itu dalam tempoh terdekat.

“Kerajaan negeri bersetuju dengan tindakan tegas yang diambil Jabatan Perhutanan Negeri Kedah dalam memastikan aktiviti pembalakan di negeri ini terkawal dan mematuhi syarat bagi menjamin kelestarian alam sekitar terpelihara,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas majlis pe­nyampaian kit bantuan Barakah di Kampung Kuala Pai di sini semalam.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.