Beliau berkata, pemilihan Langkawi sebagai destinasi balai seni cawangan itu dilihat bakal memberikan senario serta potensi baru kepada produk pelancongan melalui seni visual di pulau ini khasnya dan negara umumnya.

Katanya, jumlah tersebut dapat dicapai menerusi aktiviti pameran dan program seni visual di [email protected]

"Menerusi data Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA) dan Langkawi Tourism, jumlah pengunjung ke pulau lagenda ini dicatatkan lebih dari 3.6 juta orang meliputi pelancong domestik dan antarabangsa tahun lalu.

"Justeru kita mengharapkan agar angka tersebut terus meningkat berterusan dan menjadi salah satu pertumbuhan indeks ekonomi negara yang konsisten," katanya ketika merasmikan [email protected], di sini.  - Bernama