Penasihat program yang merupakan pensyarah kanan Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media UiTM juga Pengasas Suspended Meal, Shafezah Abdul Wahab berkata, perlaksanaan program ini adalah untuk mendekatkan masyarakat Islam tanpa mengira bangsa dan kedudukan sekaligus dapat memberi kesedaran kepada para sukarelawan mengenai kehidupan golongan yang kurang bernasib baik.

Sumbangan wang tunai dan keperluan harian (food basket) seperti beras, minyak masak, tepung, gula, kopi, teh, minuman cordial dan ketupat segera disampaikan kepada lebih 20 keluarga Cina Muslim ini dalam kategori asnaf. Selain itu, sumbangan duit raya juga turut diberikan kepada lebih 30 kanak-kanak.

Aktiviti-aktiviti berkonsepkan taddabur dan pengisian kerohanian serta motivasi turut dijalankan sepanjang program selain berkesempatan solat berjemaah bersama-sama mereka sepanjang hari sehingga lah solat tarawih.

Jamuan juadah berbuka puasa berkonsepkan makan dulang disediakan pihak Masjid Cina Negeri Melaka dan UiTM kepada semua jemaah yang hadir dan turut dihidangkan jamuan moreh.

Para sukarelawan UiTM Cawangan Melaka dan Suspended Meal yang terlibat dalam program bantuan amal bePara sukarelawan UiTM Cawangan Melaka dan Suspended Meal yang terlibat dalam program bantuan amal bersama komuniti Cina Muslim di Masjid Cina Negeri Melaka baru-baru ini.

Mengulas program itu, Shafezah berkata, sukarelawan telah diberi pendedahan untuk melaksanakan projek komuniti ini bagi membantu masyarakat yang memerlukan di samping dapat menerapkan kemahiran insaniah di dalam diri mereka.

Sementara itu, seorang penerima bantuan amal, Sabaruddin Beck Abdullah berkata, perlaksanaan program keagamaan yang melibatkan golongan mualaf seperti mereka membuatkan mereka berasa berkeluarga dengan umat Islam yang lain tanpa rasa disishkan mahupun sebarang diskriminasi.

“Memilih Islam adalah pilihan kami, dan menjadi sebahagian daripada komuniti Islam di sini adalah harapan kami”, katanya.

Dalam pada itu, Timbalan Rektor Hal Ehwal Pelajar, Ahmad Khairuman Hasim berkata, perlaksanaan program kemsyarakatan yang membabitkan sukarelawan dari golongan belia khusunya pelajar adalah satu inisiatif yang baik untuk mendekatkan mereka dengan persekitaran.

“Saya berharap projek kemanusiaan seperti ini yang melibatkan masyarakat dan industri dapat diteruskan pada masa akan datang dan ianya benar-benar memberi satu pengalaman berguna kepada sukarelawan” katanya. - K! ONLINE

Lebih 20 keluarga Cina Muslim dalam kategori asnaf dan sumbangan duit raya juga turut diberikan kepa
Lebih 20 keluarga Cina Muslim dalam kategori asnaf dan sumbangan duit raya juga turut diberikan kepada lebih 30 kanak-kanak.