Dalam kejadian kira-kira pukul 5.40 petang itu, Bakhtiar Mohd. Yusof, 67, disahkan meninggal dunia selepas kereta Proton Saga yang dinaikinya terlibat dalam kemalangan dengan sebuah kereta Nissan Almera.

Kejadian itu turut menyebabkan pembantu Bakhtiar, Nor Siah Aliyasar, 47, dan anak wanita itu, Amir Irfan Mat Radzi, 10 cedera.

Turut cedera ialah pemandu Nissan Almera berusia 42 tahun.

Menurut menantu mangsa, Norsahzana Mohd. Jumaro, 32, arwah bapa mertuanya pergi ke Sungai Petani kerana mahu menyelesaikan urusan program korban di Kemboja dan pakej umrah yang akan dilaksanakan pada November ini.

Katanya, sebelum kemalangan itu, arwah bertolak ke Sungai Petani menggunakan perkhidmatan kereta api ETS dari stesen Seremban.

"Dia disambut oleh pembantunya iaitu Nor Siah dan anak wanita itu bagi membantu melancarkan urusan Allahyarham di Sungai Petani," katanya ketika dihubungi di sini semalam.

Katanya lagi, ayah bapa mertuanya merupakan seorang yang disenangi dan banyak menabur jasa kepada penduduk setempat. - K! ONLINE