Wan Ahmad Uzair berkata, terdapat kesan pencerobohan di pagar kawasan berkenaan namun pihak polis masih menjalankan siasatan lanjut berhubung kejadian yang berlaku kira-kira pukul 2.36 pagi itu.

"Saya tidak menolak kemungkinan kejadian semalam berpunca daripada rasa tidak puas hati tambahan pula melibatkan dua buah kenderaan klon jenis Volvo yang disita dan bukan kenderaan awam seperti laporan akhbar tempatan hari ini.

"Setakat ini, apa yang boleh saya kongsikan ada kesan pencerobohan pada bahagian pagar kawasan berkenaan dan selebihnya kita serahkan kepada pihak polis untuk menjalankan siasatan," katanya pada sidang akhbar Op Khas Tanjung 1/2018 di Stesen Penguatkuasaan JPJ Valdor di sini hari ini.

Kosmo! hari ini melaporkan lima buah kenderaan iaitu dua buah kenderaan pacuan empat roda jenis Toyota Fortuner, sebuah kenderaan jenis Ford Ranger dan tiga buah kereta orang awam musnah dijilat api dalam kejadian berkenaan. - K! ONLINE