Timbalan Menterinya, Mohd. Anuar Mohd Tahir berkata, permohonan juga akan ditumpukan kepada projek seperti pembangunan infrastruktur dan projek untuk kebajikan rakyat.

"Banyak mana pun yang dapat kami akan terima demi kelangsungan negara. Biar sakit sementara kita kena ikat perut daripada minta (bajet) besar tetapi keseluruhan akan rosak," katanya pada sidang akhbar selepas merasmikan Wacana Malaysia Baharu Cabaran dan Harapan di Hotel Seri Malaysia di sini hari ini.

Turut hadir Pengerusi Majlis Syura Pahang, Mohd. Azmi Ghazali, Pengerusi Wadah Pahang, Asaari Yatim dan Yang Dipertua Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) Pahang, Muhammad Hisyamudin Baharudin.

Wacana itu bertujuan mencerahkan pemikiran umat dan julung kali diadakan di Pahang. - Bernama