Keputusan itu diraih menerusi kajian yang dilakukan oleh Big 7 Travel Media dengan mempunyai 1.5 juta pengguna di hampir 60 buah negara seluruh dunia.

Ia sekali gus jauh mengalahkan Bahasa Jepun yang menduduki tangga ke-42, Thailand (48), Mandarin (43) dan Jerman (46).

Sementara itu, bahasa Kiwi ‘Newzild’, milik negara New Zealand berada di tempat pertama sebagai bahasa terseksi di dunia, manakala tangga kedua dan ketiga pula masing-masing menjadi milik bahasa Afrika Selatan dan bahasa Irish.

Dalam pada itu, bahasa Latin dari Itali yang sering kita de­ngar dalam telenovela berada di tangga keempat bersama-sama dialek Australia tangga kelima.

Turut berada di dalam senarai kedudukan 10 teratas bahasa terseksi dunia ini ialah bahasa Scotland, Sepanyol, Amerika Selatan, Brazil dan Bahasa Portugis.
 Menurut laporan itu, dengan hampir 7,000 bahasa di seluruh dunia, sebanyak 50 negara bahasa paling seksi di dunia dipilih.

Senarai bahasa paling seksi di dunia 2019

1. Bahasa Kiwi ‘Newzild’ (New Zealand)

2. Bahasa Afrika Selatan (Afrika Selatan)

3. Bahasa Irish (Scotland)

4. Bahasa Itali

5. Bahasa Australia

6. Bahasa Scottish (Ireland)

7. Bahasa Perancis

8. Bahasa Sepanyol

9. Bahasa Amerika Selatan

10. Bahasa Brazil-Portugis

39. Bahasa Malaysia