Menariknya, bahasa itu yang merupakan varian daripada bahasa Austroasiatik tidak dituturkan komuniti yang hidup terasing di hutan tebal, tetapi oleh 280 Orang Asli di kawasan penempatan semula di Sungai Rual, Jeli, Kelantan yang pernah dikaji oleh pakar antropologi sebelum ini.

Profesor Linguistik Umum University Lund di Sweden, Prof. Madya Niclas Burenhult dan pelajar kedoktoran dari universiti sama, Joanne Yager membuat penemuan itu dalam satu projek dokumentasi bahasa berjudul, Tongues of the Semang (2005–2011) yang mana para pengkaji menemu bual beberapa penduduk kampung dan menemui bahasa Jedek ketika proses pengumpulan data dilakukan.

Burenhult menerusi kenyataan yang dikeluarkan universiti itu pada 6 Februari lalu berkata, mereka menggunakan set soalan yang berbeza daripada yang digunakan oleh pengkaji lain dan menjumpai apa yang pakar antropologi terlepas pandang sebelum ini.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.