Presiden Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (Angkasa), Datuk Abdul Fattah Abdullah berkata, pihaknya bakal bertindak sebagai satu-satunya orang tengah antara pengeluar dengan peruncit yang menyertai program inisiatif itu.

"Program BA100 yang diluluskan Jawatankuasa Tindakan Sara Hidup di peringkat Pusat akan meminimumkan lapisan edaran dan seterusnya menurunkan harga barang sehingga empat peratus kepada pengguna," katanya.

Abdul Fattah berkata demikian semasa sidang akhbar ketika Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri Angkasa di Hotel Seri Malaysia di sini hari ini.

Beliau menambah, sebanyak 100 kedai runcit koperasi di seluruh negara sedang mengikuti program tersebut bagi peringkat permulaan.

"Angkasa juga meletakkan sasaran 3,000 kedai runcit termasuk peruncit yang bukan ahli koperasi pada tahun depan untuk membolehkan lebih ramai rakyat Malaysia menikmati harga murah," tambahnya. - K! ONLINE