Berita kematian Allahyarham atau nama sebenarnya, Azrina Abdul Manan, 41, itu disahkan oleh suaminya yang hanya mahu dikenali sebagai Shah ketika dihubungi Kosmo! Ahad.

Sebelum ini Allahyarham dilaporkan menghidap kanser serviks sejak dua tahun lalu dan pernah menjalani pembedahan membuang ovari.

Jenazah Allahyarham disempurnakan di Masjid Tun Abdul Aziz Seksyen 14, Petaling Jaya, Selangor sebelum di kebumikan di Tanah Perkuburan Islam Bukit Kiara.

Sebelum ini, Allahyarham pernah berkahwin pada usia 16 tahun dengan adinda Sultan Pahang iaitu Datuk Seri Tengku Kamarulzaman Sultan Abu Bakar atau lebih dikenali sebagai Tengku Intan pada tahun 1993.

 

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.