Presidennya, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail berkata, walaupun begitu kerajaan PH sehingga kini berusaha memastikan kesemua manifesto dalam proses untuk ditunaikan kepada rakyat.

“No lah (ketika ditanya adakah PH perlu meminta maaf kepada rakyat kerana tidak dapat menunaikan semua manifesto PH). Janji dalam proses dilaksanakan.

“Saya tidak memberikan alasan sebab kami tidak mencapai sasaran namun kami cuba (penuhi menifesto) dengan sedaya upaya.

“Memang tidak seperti yang kita harapkan namun kita sudah cuba sedaya upaya,” katanya ketika ditemui di lobi Parlimen hari ini.

Beliau yang juga Timbalan Perdana Menteri itu mengambil contoh pelaksanaan skim Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) untuk suri rumah bermula minggu ini dan ia antara manifesto PH yang berjaya dilaksanakan.

“Sekurang-kurangnya di kementerian, saya sudah buat KWSP i-Suri. Itu saya sudah berjaya mempromosi dan program tersebut telah dijalankan,” jelasnya. - K! ONLINE