Majlis pernikahan itu diadakan di wilayah Narathiwat, Selatan Thailand yang majori­tinya penduduk Islam iaitu lokasi kanak-kanak berkenaan kembali semula ke tanah airnya pada Rabu lalu selepas menerima tekanan hebat daripada media Malaysia, kata Gabenor wilayah itu, Suraporn Prommool.

Kanak-kanak itu yang hanya mahu dikenali sebagai Ayu dipercayai isteri ketiga kepada peraih getah berkenaan, Che Abdul Karim Che Hamid, 41.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.