Pengasas Aurawhite, Datin Nur Furyna Muhd. Azmeer berkata, ubat gigi Aurawhite itu mempunyai tiga variasi iaitu Aurawhite Whitening HD Bright and Shine, Aurawhite Coconut Charcoal dan Aurawhite Kayu Sugi Premium Toothpaste.

“Ketiga-tiga variasi ubat gigi Aurawhite ini diformulasikan khas menggunakan teknologi terkini yang bebas daripada bahan kimia dan dirumus khusus untuk memenuhi kehendak setiap pengguna,” katanya pada sidang akhbar pada Majlis Pelancaran Produk Terbaru Ubat Gigi Aurawhite di sini hari ini.

Ujarnya, Aurawhite Whitening HD Bright and Shine mengandungi ekstrak minyak argan bagi mengekalkan kebersihan serta memutihkan gigi.

Sementara, Aurawhite Coconut Charcoal menggunakan arang kelapa sesuai bagi pengguna yang merokok dan menggemari makanan yang mengandungi bakteria.

Aurawhite Kayu Sugi Premium Toothpaste pula direka dengan gabungan kayu sugi dan daun sirih berkualiti yang mengandungi khasiat tinggi serta bagi memberikan nafas yang sentiasa berbau segar.

Sementara itu, Aurawhite turut menampilkan tiga orang duta produk tersebut iaitu dua pelakon terkenal, Fasha Sandha dan Izzue Islam serta pendakwah bebas, PU Azman.

Untuk keterangan lanjut mengenai rangkaian produk Aurawhite, boleh melayari laman web www.aurawhite2u.com atau hubungi talian 03-9011 1114. – K! ONLINE