Menurut Laporan Ketua Audit Negara ke-14 Siri 1 program itu didapati mempunyai kelemahan dari segi pengurusan kewangan, pengurusan perolehan, pendaftaran dan pemantauan terhadap syarikat yang mendapat kontrak kerajaan.

"MED perlu memastikan struktur tadbir urus Program SL1M dikaji semula dan dimantapkan meliputi aspek kawalan dan pemantauan supaya wujudnya elemen semak dan imbang," kata laporan itu.

SL1M diperkenalkan pada tahun 2011 di bawah tanggungjawab Unit Perancang Ekonomi (UPE), Jabatan Perdana Menteri (JPM) melalui Sekyen Pembangunan Modal Insan (SPMI) bersama Bank Negara Malaysia (BNM) dan syarikat kerajaan.

Disebabkan respons positif maka SL1M fasa 2 diperkenalkan pada tahun 2012, namun pengurusannya diserahkan kepada dua pegawai pinjaman daripada BNM dan yang kemudiannya dinamakan sebagai Sekretariat SL1M. - Bernama