Menurut Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2017,  Siri 1 yang dikeluarkan hari ini, enam lagi kementerian, jabatan, agensi di negeri berkenaan yang diaudit mencapai tahap Baik, dua (Memuaskan) dan satu (Tidak Memuaskan).

"Pengauditan Pengurusan Kewangan (Indeks Akauntabiliti) menggunakan pendekatan baharu iaitu berasaskan risiko, dengan itu pelaporan hanya dibuat berdasarkan prestasi pengurusan kewangan tahun 2017 sahaja tanpa perbandingan dengan prestasi tahun sebelum," menurut laporan berkenaan.

Bagaimanapun menurut laporan itu, masih terdapat beberapa jabatan dan agensi yang perlu meningkat dan memantapkan lagi kawalan dalaman pengurusan kewangan masing-masing agar teguran yang dibangkitkan tidak berulang serta mengurangkan risiko ketidakpatuhan yang lebih serius.

Sehubungan itu Ketua Audit Negara mencadangkan agar jabatan dan agensi berkenaan mengambil tindakan sewajarnya seperti memastikan pengetahuan dan kemahiran pegawai yang terlibat dalam pengurusan kewangan dipertingkatkan dengan memberi latihan sewajarnya secara berterusan. - Bernama