Menteri Air, Tanah dan Sumber Asli, Dr. Xavier Jayakumar berkata, ini berikutan penurunan mendadak jumlah spesis harimau tersebut atau nama saintifiknya, Panthera tigris jacksoni yang dianggarkan kini hanya sekitar 250 hingga 300 sahaja berbanding sebelum ini 3,000 ekor. 

Katanya, haiwan tersebut hanya terdapat di Semenanjung Malaysia dan Sumatera sahaja. 

"ATM telah bersetuju dalam memberikan bantuan tersebut seterusnya memudahkan pengawalan hutan seluas 100,000 hektar di seluruh negara terutama bagi membanteras pemburu haram.

"Berdasarkan risikan mendapati pemburu haram itu adalah dari negara Vietnam, Kemboja, Thailand dan Laos dengan nilai seekor Harimau Malaya mampu mencecah lebih RM800,000 (USD200,000) di pasaran gelap," katanya ketika ditemui pemberita selepas program bicara minda bertajuk Kita di Abad 21: Tak Selesai Lagi Isu Air di Kompleks Karangkraf, Seksyen 15 di sini hari ini. 

Jelas beliau, populasi Harimau Malaya tidak boleh menurun sehingga 150 ekor kerana akan menyukarkan kelangsungan habitat haiwan tersebut terutama di negara ini. - K!ONLINE