Perselisihan faham melibatkan kedua-dua belah pihak itu diketahui umum selepas mang­sa yang berusia 23 tahun dikatakan memuat naik status di Facebook miliknya berhubung dia diserang atlet wanita berkenaan.

Kejadian difahamkan berlaku pada pukul 7.15 malam ketika mangsa mengambil wanita berkenaan bersama seorang lagi individu di pusat beli-belah Sunway Pyramid, Petaling Jaya.

Satu sumber berkata, atlet itu dikatakan datang mengetuk cermin kereta GrabCar itu yang dipandu mangsa selepas pemandu itu tidak melihat kehadiran penumpang tersebut.

Susulan itu, berlaku per­selisihan faham apabila pemandu berkenaan menurun­kan atlet tersebut di lokasi yang agak jauh daripada rumah atlet berkenaan.

“Akibat kejadian itu, atlet berkenaan bertindak mera­kamkan wajah mangsa dengan menggunakan telefon bimbitnya sebelum mangsa me­lakukan perbuatan yang sama.

“Bagaimanapun, ketika pemandu GrabCar merakamkan wajah atlet itu, wanita ber­kenaan didakwa menumbuk mata kanan mangsa,” katanya ketika dihubungi Kosmo! Ahad di sini semalam.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.