Ketua Pemuda UMNO itu berkata, kehilangan Allahyarham amat dirasakan kerana jasanya terhadap perjuangan parti itu.

"Allahyarham bukan sahaja berjasa kepada rakyat Pulau Pinang tetapi seluruh negara semasa menjadi Ahli Majlis Tertinggi UMNO dan Timbalan Menteri sebelum ini.

"Beliau dihormati kawan dan lawan selain seorang yang cermat dengan kata-katanya dan baik sekali," katanya di Hospital Tuanku Fauziah (HTF) di sini hari ini.

Terdahulu, Asyraf menyampaikan bantuan berbentuk makanan kepada pesakit di hospital itu. - K! ONLINE