Bagaimanapun tiada kecederaan dalam kebakaran yang dikesan kira-kira 2.30 petang itu serta difahamkan ketika kejadian, sebahagian pelajar baharu sahaja pulang ke asrama berkenaan kerana sesi pembelajaran sudah berakhir.

Saksi kejadian Nurul Nadiah Ahmad Nazeli, 15, ketika ditemui berkata, beliau telah terlihat asap kecil dari tengah blok atas asrama tiga tingkat sebelum memanggil rakannya Nur Fazira Yakaria, 15, yang ketika itu baru selesai menunaikan solat Zohor di surau asrama itu.

“Masa itu saya baru sahaja pulang dari menikmati juadah tengah hari di kantin sekolah dan menuju ke surau menunaikan solat Zohor. 

Tanpa berlengah saya dan Fazira terus menjerit dari bawah memanggil rakan-rakan yang sedang beristirehat di tingkat dua supaya turun kerana bahagian atas yang juga bilik belajar kami waktu malam sedang terbakar," katanya ketika ditemui pemberita di tempat kejadian di sini hari ini. - Bernama